Pages

Tuesday, 22 November 2011

sejarah taj mahal

Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam.

Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain.

Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Asal & Inspirasi
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kepentingan memperluaskan tanah jajahannya.

Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum.

Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya.

Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal.

Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya.

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal.

Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi.

Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.

Pembinaan
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini.

Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah.

Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan.

Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

kontraktor Projek
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
(Puru dari Benarus, Parsi (Iran).

Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.

Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.

Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.

Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat. Namanya terukir pada pintu laluan utama.

Muhammad Hanif - penyelia

Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.

Pengukir dari Bukhara.

Kaligrafi dari Syria dan Parsi.

Inlayer dari India Selatan.

Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

Bahan Binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet. Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek Dipancung
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari.

Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Mahal seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Taj Mahal juga merupakan salah satu daripada 7 Benda Ajaib di dunia..Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Taj Mahal juga merupakan salah satu daripada 7 Benda Ajaib di dunia..

0 comments:

Post a Comment